Klik gambar di bawah untuk membeli produk

Photobucket

Klik gambar di bawah untuk mendaftar

Photobucket

Berminat? Daftar Di sini

Rabu, 10 Februari 2010

Anda pencinta ilmu?

Salam perjuangan...selamat bertemu kembali. Bulan Januari lalu saya menerima beberapa buku tempahan pertama saya yang melayakkan saya menjadi pengedar Stormreaders. Terasa sayang sekali untuk menjual buku-buku ini kerana kesemuanya menarik. Lalu saya jadikannya koleksi bacaan saya dan dihadiahkan buat isteri tercinta. Ada beberapa buku yang saya rasa bagus untuk dijadikan bacaan untuk dibaca bersama suami dan isteri. Hanya buku Bestseller Indahnya Hidup Bersyariat karangan Dato' Ismail Kamus saya jual 5 buah.
Semenjak menyertai rangkaian ini, saya rasa cukup teruja kerana merasakan ianya sesuai dengan jiwa saya. Saya memang minat membaca dan suka mengumpul koleksi-koleksi buku sendiri dan mempunyai sebuah mini perpustakaan di rumah. Apatah lagi melihat buku-buku keluaran Telaga Biru yang dikarang oleh tokoh-tokoh berwibawa dan ilustrasinya cukup menarik bagi saya. Syabas buat Telaga Biru

Melihatkan potensi bisnes ini yang julung kali di Malaysia (Bharian), ditambah pula dengan  panel Syariah yang berwibawa iaitu Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Zahazan, saya tidak mengambil masa panjang untuk terus berdaftar menjadi pengedar, sedangkan saya sebelum ni agak liat dan culas bila kawan-kawan ajak dengar taklimat bis MLM. Nak jual barang-barang tu rasa macam tak ngam dengan jiwa saya, setakat nak guna peribadi bolehlah saya join HPA. Tambahan pula kalau tiada panel Syariah yang pantau, lagilah terasa 'ketidakyakinnya'.

Pilihan di tangan kita samada menyertai rangkaian ini hanya untuk suka-suka membeli buku untuk koleksi peribadi dengan harga komisyen, atau menjadi seorang mujahid yang mengedar dan menggunakan medium ini sebagai salah satu usaha dakwah seterusnya memartabatkan MLM yang patuh Syariah. Seperti mana kata big boss jika tidak mampu menjadi seperti mereka, sebarkanlah ilmu mereka ini kepada masyarakat. Insya Allah pahalanya sampai juga kepada kita. Akan datang nanti saya akan ceritakan bagaimana  cara saya  dapat tarik ahli hanya menggunakan medium internet. Jumpa lagi di lain masa...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails