Berminat? Daftar Di sini
Jumaat, 7 Mei 2010
Kelahiran permata hati dan minisite terbaru
Posted by al_jabali7 at 1:07 PG 0 comments
Isnin, 12 April 2010
Dapatkan e-book Percuma Jana Pendapatan Halal@STORMREADERS
Sebagaimana yang dijanjikan, akhirnya saya dapat siapkan e-book untuk memberi penerangan dengan lebih lanjut berkenaan Stormreaders. Jana Pendapatan Halal@STORMREADERS. Ia bertujuan untuk memberi gambaran dengan lebih menyeluruh tentang bisnes ini.
Saya sering kali mendapat pertanyaan daripada mereka yang berminat, dan sering kali soalan yang sama, iaitu bagaimana nak mendaftar, apa bonusnya, apa beza ahli dan pengedar dan macam-macam lagi. Jadi dengan terbitnya e-book ini diharap dapat menyelesaikan masalah tersebut. Tapi kalau nak tanya saya terus pun takpe juga, saya jawab sekadar termampu.
Kepada sesiapa yang berminat boleh daftarkan diri dan dapatkannya di sini dan bagi yang mendaftar saya akan sertakan sekali buletin terkini tentang Stormreaders dan tips-tips yang berguna untuk promosi. Muat turun ebook ini terhad kepada 500 orang sahaja. (Tinggal 489 sahaja lagi hingga hari ini)Insya Allah jika tiada halangan saya akan kumpulkan tips-tips ini hasil dari pengalaman saya dan pengalaman internet marketer yang lain dan saya akan hasilkan e-book yang kedua tidak lama lagi untuk dikongsi bersama ahli rangkaian saya. Anda juga boleh sebarkan ebook ni untuk rakan-rakan lain yang ingin maklumat lanjut.
* Sedang dalam proses terakhir buat minisite pertama saya, iaitu topstormreaders.com. Nampaknya lepas siap ni kena tumpukan promosi pula. Tak sangka boleh hasilkan minisite semudah ini.
Posted by al_jabali7 at 8:39 PTG 0 comments
Khamis, 8 April 2010
Memudahkan urusan pendaftaran ahli & pengedar......
Salam.
Alhamdulillah....setelah mendalami serba sedikit tentang ilmu pemasaran di internet, akhirnya dapat juga menyiapkan sistem borang yang akan memudahkan ahli untuk mendaftar sebagai ahli & pengedar Stormreaders. Boleh lihat di sini http://www.topstormreaders.com/borang-pendaftaran.html.
Rupanya banyak lagi medium pemasaran yang belum diteroka. Cukup luas ilmu pemasaran di internet ini. Kalau kena cara dan gayanya boleh kalah pemasaran konvesional. Tak hairanlah kalau Dr. Irfan Khairi boleh menjadi jutawan dalam usia muda dengan mengaplikasikan kemahiran teknik pemasaran di internet.
Salah satu elemen penting dalam bisnes internet ini ialah menghasilkan sistem borang yang memudahkan pembeli dan pengguna. Bagi yang mahir menggunakan CSS dan PHP, tentu tiada masalah bagi mereka, tetapi bagi mereka yang baru berjinak-jinak tentulah sukar mengaplikasikannya. Tak salah jika kita belajar ilmu ini. Knowledge is power. Hanya orang yang berilmu yang dapat mendepani arus kepesatan teknologi maklumat kini. Kayakan diri dengan ilmu...
*Insya Allah, jika tiada aral melintang saya akan lancarkan minisite terbaru saya iaitu topstormreaders dalam minggu ini. Begitu juga dengan e-book percuma yang akan disertakan sekali sebagaimana yang telah saya rancangkan di bulan Mac dahulu. Jadi nantikan kemunculannya......
Posted by al_jabali7 at 8:52 PG 0 comments
Jumaat, 5 Mac 2010
Pendapatan pertama di bulan Februari yang mengujakan....
Salam perjuangan...Bertemu lagi di bulan Mac. Baru-baru ini pihak Stormreaders telah membuat pembahagian keuntungan dan bonus bagi setiap ahli di bulan Februari.
Alhamdulillah, saya mendapat sedikit bonus hasil jualan di e-store yang mana jualannya melebihi RM500 bulan ini dan komisyen yang saya dapat 20% dari jualan itu, tanpa perlu saya menyimpan stok-stok buku tersebut. Di tambah lagi dengan bonus 15% jualan peribadi hasil dari tajaan beberapa rakan pengedar dan juga bonus 15% dari jualan kumpulan yang memberi rangsangan kepada kita memajukan ahli di bawah rangkaian kita. Cukup mengujakan!
Menyorot kembali sejarah penyertaan saya bersama Stormreaders ini bermula hujung tahun 2009 setelah melihat iklan di majalah dan terus menelefon pejabatnya. Ketika itu saya masih bercuti dan berada di Kelantan. Teruja dengan keistimewaan MLM patuh Syariah ini saya terus mengisi borang yang dihantar melalui e-mail dan terus mendapat kedai e-store dan e-net saya tanpa saya mengetahui siapakah gerangannya yang menaja saya.
Bulan Januari saya terbang ke Bumi Kenyalang meneruskan tugas saya sebagai pendidik meninggalkan keluarga tercinta di Kelantan. Saya belajar sedikit demi sedikt tentang Stormreaders dan bertanyakan kepada orang-orang kuatnya secara langsung dan melalui penyertaan saya di forum.stormreaders.com. Belum ada rezeki untuk sampai di HQ di Damansara. Insya Allah jika ada rezeki dapat sampai ke sana berjumpa dengan rakan-rakan leader di sana.
Setelah mendapat sedikit ilmu dan memahami tentang pelan pemasarannya, saya mengorak langkah dengan mempromosikannya melalui Facebook kepada kenalan dan rakan dan create page Kayakan Diri Dengan Ilmu yang keahliannya sekarang mencecah 370. Kemudian saya membina laman blog yang telah banyak membantu saya untuk tujuan promosi dan daftar keahlian. Begitu juga di pages Stormreaders yang keahliannya mencecah lebih 2000. Rupanya masih banyak medium di internet yang belum diterokai dan saya rasa baru menggunakan 5% peluang yang ada.
Sasaran saya di bulan Mac ini :
1. Meningkatkan jualan di e-store, kalau dapat lebih RM1000 itu suatu bonus
2.Meningkatkan promosi di internet, ramai lagi di luar sana yang masih belum mengetahui. keahlian belum sampai 2000!
3.Membantu ahli di bawah tajaan saya mencapai target jualan mereka. Nanti saya akan kongsikan.
4.Menghasilkan e-book tentang bagaimana menjana pendapatan di Stormreaders ini yang akan saya edarkan secara percuma!
Saya harap anda semua pun lebih bersemangat dan berusaha lebih daripada saya menyebarkan bisnes melalui prosuk yang berkualiti dan bermanfaat ini. Akhir kalam saya memetik kata-kata Sidina Ali k.w. " Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu berkurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan"
Posted by al_jabali7 at 1:57 PG 0 comments
Isnin, 22 Februari 2010
Syoknya membeli di e-shop Stormreaders !!!
Posted by al_jabali7 at 9:39 PG 0 comments
Rabu, 10 Februari 2010
Anda pencinta ilmu?
Posted by al_jabali7 at 3:19 PG 0 comments
Sabtu, 6 Februari 2010
Salam perjuangan buat pencinta ilmu...
Laman ini bertujuan untuk mempromosikan produk-produk Stormreaders Network Sdn. Bhd. yang berupa buku-buku agama dan motivasi, CD dan VCD karya ikon-ikon tersohor negara seperti Dato' Dr. Hj Fadhilah Kamsah, Ustaz Dato' Ismail Kamus, Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Zahazan, Dr Irfan Khairi dan banyak lagi keluaran Telaga Biru Sdn Bhd. Begitu juga dengan majalah yang cukup bermanfaat dan iaitu Solusi.
Kami mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk bersama kami menjadi ahli @ pengedar Stormreaders ini untuk menikmati pelbagai keistimewaan seperti memiliki kedai buku online, komisyen jualan, bonus rangkaian dan sebagainya di samping menyebarluaskan ilmu di kalangan masyarakat dan mempupuk budaya membaca serta cintakan ilmu. Ia juga sebagai jalan keluar bagi masyarakat yang inginkan pendapatan sampingan yang halal dan patuh syariah kerana ianya sentiasa dipantau oleh panel syariah yang berwibawa. Semoga segala usaha kita ini diterima sebagai amal bakti disisiNya.
Ahmad Syukri Mansor
Pengedar Stormreaders Network Sdn Bhd
013-8166996 (al_jabali7@yahoo.com)
Posted by al_jabali7 at 6:42 PG 0 comments