Klik gambar di bawah untuk membeli produk

Photobucket

Klik gambar di bawah untuk mendaftar

Photobucket

Berminat? Daftar Di sini

Jumaat, 7 Mei 2010

Kelahiran permata hati dan minisite terbaru

Salam... Sudah agak lama rasanya tidak menulis di blog ini lantaran kesibukan mengurus orang baru dalam keluarga saya. Tanggal 23 April 2010, lahirlah Ahmad Mu'az Husni bin Ahmad Syukri sebagai khalifah di muka bumi yang menyambung legasi waris keturunan saya. Doakan kesejahterannya, semoga menjadi insan yang berbakti untuk agamanya.

Juga saya ingin melancarkan minisite saya yang terbaru iaitu http://www.topstormreaders.com/ yang tertangguh beberapa minggu. Diharapkan selepas ini dapat tumpukan kepada promosi pula. Di sini juga saya mengucapkan ahlan wasahlan wamarhaban dan selamat datang kepada rakan pengedar baru saya iaitu saudara Ibrahim aka Abuierfan (rakan seperjuangan di UM), Pn Normalia dari Sarawak dan Pn Sadina dari Kedah.  Semoga kedatangan kalian merancakkan lagi perniagaan ini.

Kepada semua ahli di bawah rangkaian saya, saya jemput untuk menyertai top STORMREADERS group di Facebook (add saya dahulu di FB) untuk sama-sama berbincangan bertukar idea serta pendapat untuk meningkatkan prestasi bisnes masing-masing dan saya akan tolong sekadar termampu. Ruangan ini dikhususkan untuk ahli rangkaian saya sahaja, bukan untuk promosi tetapi tujuannya untuk sama-sama saling tolong-menolong berkongsi idea dan maklumat. Sekian dahulu..

Isnin, 12 April 2010

Dapatkan e-book Percuma Jana Pendapatan Halal@STORMREADERS

Salam perjuangan....

Sebagaimana yang dijanjikan, akhirnya saya dapat siapkan e-book untuk memberi penerangan dengan lebih lanjut berkenaan Stormreaders. Jana Pendapatan Halal@STORMREADERS. Ia bertujuan untuk memberi gambaran dengan lebih menyeluruh tentang bisnes ini.

Saya sering kali mendapat pertanyaan daripada mereka yang berminat, dan sering kali soalan yang sama, iaitu bagaimana nak mendaftar, apa bonusnya, apa beza ahli dan pengedar dan macam-macam lagi. Jadi dengan terbitnya e-book ini diharap dapat menyelesaikan masalah tersebut. Tapi kalau nak tanya saya terus pun takpe juga, saya jawab sekadar termampu.

Kepada sesiapa yang berminat boleh daftarkan diri dan dapatkannya di sini dan bagi yang mendaftar saya akan sertakan sekali buletin terkini tentang Stormreaders dan tips-tips yang berguna untuk promosi. Muat turun ebook ini terhad kepada 500 orang sahaja. (Tinggal 489 sahaja lagi hingga hari ini)Insya Allah jika tiada halangan saya akan kumpulkan tips-tips ini hasil dari pengalaman saya dan pengalaman  internet marketer yang lain dan saya akan hasilkan e-book yang kedua tidak lama lagi untuk dikongsi bersama ahli rangkaian saya. Anda juga boleh sebarkan ebook ni untuk rakan-rakan lain yang ingin maklumat lanjut.
* Sedang dalam proses terakhir buat minisite pertama saya, iaitu topstormreaders.com. Nampaknya lepas siap ni kena tumpukan promosi pula. Tak sangka boleh hasilkan minisite semudah ini.

Khamis, 8 April 2010

Memudahkan urusan pendaftaran ahli & pengedar......


Salam.

Alhamdulillah....setelah mendalami serba sedikit tentang ilmu pemasaran di internet, akhirnya dapat juga menyiapkan sistem borang yang akan memudahkan ahli untuk mendaftar sebagai ahli & pengedar Stormreaders. Boleh lihat di sini http://www.topstormreaders.com/borang-pendaftaran.html.

Rupanya banyak lagi medium pemasaran yang belum diteroka. Cukup luas ilmu pemasaran di internet ini. Kalau kena cara dan gayanya boleh kalah pemasaran konvesional. Tak hairanlah kalau Dr. Irfan Khairi boleh menjadi jutawan dalam usia muda dengan mengaplikasikan kemahiran teknik pemasaran di internet.

Salah satu elemen penting dalam bisnes internet ini ialah menghasilkan sistem borang yang memudahkan pembeli dan pengguna. Bagi yang mahir menggunakan CSS dan PHP, tentu tiada masalah bagi mereka, tetapi bagi mereka yang baru berjinak-jinak tentulah sukar mengaplikasikannya. Tak salah jika kita belajar ilmu ini. Knowledge is power. Hanya orang yang berilmu yang dapat mendepani arus kepesatan teknologi maklumat kini. Kayakan diri dengan ilmu...

*Insya Allah, jika tiada aral melintang saya akan lancarkan minisite terbaru saya iaitu topstormreaders dalam minggu ini. Begitu juga dengan e-book percuma yang akan disertakan sekali sebagaimana yang telah saya rancangkan di bulan Mac dahulu. Jadi nantikan kemunculannya......

Jumaat, 5 Mac 2010

Pendapatan pertama di bulan Februari yang mengujakan....

Salam perjuangan...Bertemu lagi di bulan Mac. Baru-baru ini pihak Stormreaders telah membuat pembahagian keuntungan dan bonus bagi setiap ahli di bulan Februari.

Alhamdulillah, saya mendapat sedikit bonus hasil jualan di e-store yang mana jualannya melebihi RM500 bulan ini dan komisyen yang saya dapat 20% dari jualan itu, tanpa perlu saya menyimpan stok-stok buku tersebut. Di tambah lagi dengan bonus 15% jualan peribadi hasil dari tajaan beberapa rakan pengedar dan juga bonus 15% dari jualan kumpulan yang memberi rangsangan kepada kita memajukan ahli di bawah rangkaian kita. Cukup mengujakan!

Menyorot kembali sejarah penyertaan saya bersama Stormreaders ini bermula hujung tahun 2009 setelah melihat iklan di majalah dan terus menelefon pejabatnya. Ketika itu saya masih bercuti dan berada di Kelantan. Teruja dengan keistimewaan MLM patuh Syariah ini saya terus mengisi borang yang dihantar melalui e-mail dan terus mendapat kedai e-store dan e-net saya tanpa saya mengetahui siapakah gerangannya yang menaja saya.

Bulan Januari saya terbang ke Bumi Kenyalang meneruskan tugas saya sebagai pendidik meninggalkan keluarga tercinta di Kelantan. Saya belajar sedikit demi sedikt tentang Stormreaders dan bertanyakan kepada orang-orang kuatnya secara langsung dan melalui penyertaan saya di forum.stormreaders.com. Belum ada rezeki untuk sampai di HQ di Damansara. Insya Allah jika ada rezeki dapat sampai ke sana berjumpa dengan rakan-rakan leader di sana.

Setelah mendapat sedikit ilmu dan memahami tentang pelan pemasarannya, saya mengorak langkah dengan mempromosikannya melalui Facebook kepada kenalan dan rakan dan create page Kayakan Diri Dengan Ilmu yang keahliannya sekarang mencecah 370. Kemudian saya membina laman blog yang telah banyak membantu saya untuk tujuan promosi dan daftar keahlian. Begitu juga di pages Stormreaders yang keahliannya mencecah lebih 2000. Rupanya masih banyak medium di internet yang belum diterokai dan saya rasa baru menggunakan 5% peluang yang ada.

Sasaran saya di bulan Mac ini :
1. Meningkatkan jualan di e-store, kalau dapat lebih RM1000 itu suatu bonus
2.Meningkatkan promosi di internet, ramai lagi di luar sana yang masih belum mengetahui. keahlian belum sampai 2000!
3.Membantu ahli di bawah tajaan saya mencapai target jualan mereka. Nanti saya akan kongsikan.
4.Menghasilkan e-book tentang bagaimana menjana pendapatan di Stormreaders ini yang akan saya edarkan secara percuma!

Saya harap anda semua pun lebih bersemangat dan berusaha lebih daripada saya menyebarkan bisnes melalui prosuk yang berkualiti dan bermanfaat ini. Akhir kalam saya memetik kata-kata Sidina Ali k.w. " Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu berkurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan"

"KAYAKAN DIRI DENGAN ILMU"

Isnin, 22 Februari 2010

Syoknya membeli di e-shop Stormreaders !!!

Salam perjuangan....selamat bertemu kembali... Kali ini saya akan ceritakan pengalaman pertama saya memiliki kedai online. Bagi yang dah lama berkecimpung dalam bisnes online mungkin sudah biasa membina web sendiri untuk mempromosikan barangannya, tetapi bagi yang baru menceburkan diri atau diistilahkan mereka sebagai 'newbie', tentunya ia tugas yang bukan mudah dan memakan masa.

Sejurus mendaftar menjadi ahli Stormreaders , kita akan menerima kedai kita sendiri seperti kedai saya ini http://www.stormreaders.net/syukri tanpa perlu bersusah payah membinanya. Apa yang perlu adalah promosi, segala urusan jual beli dan penghantaran diuruskan oleh syarikat dan kita tidak perlu meyimpan stok barang-barang tersebut. Walaupun dikenakan yuran tahunan untuk e-net&e-store RM60 setahun tapi ianya berpadanan dengan perkhidmatan yang diberikan, kalau kita membina web sendiri pun perlu dikenakan sewaan untuk tapak webhosting, tambahan pula kita perlu menguruskan sendiri jualan kita.

Setiap jualan dari e-store ini ahli akan mendapat komisyen 20%++. Contohnya belian oleh costumer saya di sini memesan 6 buah buku Indahnya Hidup Bersyariat karangan Dato' Ismail Kamus berharga RM55 x 6 = RM 330. Jadi untung yang saya dapat 20% x RM330 = RM66. Boleh tahan!! Jadi bagi ahli yang berminat dengan jual beli seperti ini boleh tumpukan sepenuhnya aspek promosi kedainya samada online atau offline (bagi katalog kat member2), tak perlu pening-pening cari downline.

Bagi yang merasakan dapat menarik orang lain sama-sama menjadi ahli, maka saya syorkan jadilah pengedar kerana di samping komisyen 20% di e-store, terdapat banyak lagi bonus dan keistimewaan yang di sediakan pihak Stormreaders Network seperti bonus tajaan, overiding 10% ahli tajaan, bonus umrah dan sebagainya yang akan saya ceritakan di lain masa.

Bisnes ini tidak menjanjikan kita dapat pakai kereta mewah atau menjadikan kita kaya raya. Apa yang penting ialah di samping kita mendapat pendapatan sampingan yang halal dan menepati Syariah, kita dapat menyebarluaskan ilmu samada untuk diri kita sendiri, keluarga dan juga masyarakat. Peluang telah tersedia dihadapan. Fikirk-fikiranlah... 
"KAYAKAN DIRI DENGAN ILMU"

Rabu, 10 Februari 2010

Anda pencinta ilmu?

Salam perjuangan...selamat bertemu kembali. Bulan Januari lalu saya menerima beberapa buku tempahan pertama saya yang melayakkan saya menjadi pengedar Stormreaders. Terasa sayang sekali untuk menjual buku-buku ini kerana kesemuanya menarik. Lalu saya jadikannya koleksi bacaan saya dan dihadiahkan buat isteri tercinta. Ada beberapa buku yang saya rasa bagus untuk dijadikan bacaan untuk dibaca bersama suami dan isteri. Hanya buku Bestseller Indahnya Hidup Bersyariat karangan Dato' Ismail Kamus saya jual 5 buah.
Semenjak menyertai rangkaian ini, saya rasa cukup teruja kerana merasakan ianya sesuai dengan jiwa saya. Saya memang minat membaca dan suka mengumpul koleksi-koleksi buku sendiri dan mempunyai sebuah mini perpustakaan di rumah. Apatah lagi melihat buku-buku keluaran Telaga Biru yang dikarang oleh tokoh-tokoh berwibawa dan ilustrasinya cukup menarik bagi saya. Syabas buat Telaga Biru

Melihatkan potensi bisnes ini yang julung kali di Malaysia (Bharian), ditambah pula dengan  panel Syariah yang berwibawa iaitu Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Zahazan, saya tidak mengambil masa panjang untuk terus berdaftar menjadi pengedar, sedangkan saya sebelum ni agak liat dan culas bila kawan-kawan ajak dengar taklimat bis MLM. Nak jual barang-barang tu rasa macam tak ngam dengan jiwa saya, setakat nak guna peribadi bolehlah saya join HPA. Tambahan pula kalau tiada panel Syariah yang pantau, lagilah terasa 'ketidakyakinnya'.

Pilihan di tangan kita samada menyertai rangkaian ini hanya untuk suka-suka membeli buku untuk koleksi peribadi dengan harga komisyen, atau menjadi seorang mujahid yang mengedar dan menggunakan medium ini sebagai salah satu usaha dakwah seterusnya memartabatkan MLM yang patuh Syariah. Seperti mana kata big boss jika tidak mampu menjadi seperti mereka, sebarkanlah ilmu mereka ini kepada masyarakat. Insya Allah pahalanya sampai juga kepada kita. Akan datang nanti saya akan ceritakan bagaimana  cara saya  dapat tarik ahli hanya menggunakan medium internet. Jumpa lagi di lain masa...

Sabtu, 6 Februari 2010

Salam perjuangan buat pencinta ilmu...

 
Assalamualaikum w.b.t.


Laman ini bertujuan untuk mempromosikan produk-produk Stormreaders Network Sdn. Bhd. yang berupa buku-buku agama dan motivasi, CD dan VCD karya ikon-ikon tersohor negara seperti Dato' Dr. Hj Fadhilah Kamsah, Ustaz Dato' Ismail Kamus, Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Zahazan, Dr Irfan Khairi dan banyak lagi keluaran Telaga Biru Sdn Bhd. Begitu juga dengan majalah yang cukup bermanfaat dan iaitu Solusi.

Kami mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk bersama kami menjadi ahli @ pengedar Stormreaders ini untuk menikmati pelbagai keistimewaan seperti memiliki kedai buku online, komisyen jualan, bonus rangkaian dan sebagainya di samping menyebarluaskan ilmu di kalangan masyarakat dan mempupuk budaya membaca serta cintakan ilmu. Ia juga sebagai jalan keluar bagi masyarakat yang inginkan pendapatan sampingan yang halal dan patuh syariah kerana ianya sentiasa dipantau oleh panel syariah yang berwibawa. Semoga segala usaha kita ini diterima sebagai amal bakti disisiNya.

"KAYAKAN DIRI DENGAN ILMU"

Ahmad Syukri Mansor
Pengedar Stormreaders Network Sdn Bhd
013-8166996 (al_jabali7@yahoo.com)

Related Posts with Thumbnails