Klik gambar di bawah untuk membeli produk

Photobucket

Klik gambar di bawah untuk mendaftar

Photobucket

Berminat? Daftar Di sini

Isnin, 22 Februari 2010

Syoknya membeli di e-shop Stormreaders !!!

Salam perjuangan....selamat bertemu kembali... Kali ini saya akan ceritakan pengalaman pertama saya memiliki kedai online. Bagi yang dah lama berkecimpung dalam bisnes online mungkin sudah biasa membina web sendiri untuk mempromosikan barangannya, tetapi bagi yang baru menceburkan diri atau diistilahkan mereka sebagai 'newbie', tentunya ia tugas yang bukan mudah dan memakan masa.

Sejurus mendaftar menjadi ahli Stormreaders , kita akan menerima kedai kita sendiri seperti kedai saya ini http://www.stormreaders.net/syukri tanpa perlu bersusah payah membinanya. Apa yang perlu adalah promosi, segala urusan jual beli dan penghantaran diuruskan oleh syarikat dan kita tidak perlu meyimpan stok barang-barang tersebut. Walaupun dikenakan yuran tahunan untuk e-net&e-store RM60 setahun tapi ianya berpadanan dengan perkhidmatan yang diberikan, kalau kita membina web sendiri pun perlu dikenakan sewaan untuk tapak webhosting, tambahan pula kita perlu menguruskan sendiri jualan kita.

Setiap jualan dari e-store ini ahli akan mendapat komisyen 20%++. Contohnya belian oleh costumer saya di sini memesan 6 buah buku Indahnya Hidup Bersyariat karangan Dato' Ismail Kamus berharga RM55 x 6 = RM 330. Jadi untung yang saya dapat 20% x RM330 = RM66. Boleh tahan!! Jadi bagi ahli yang berminat dengan jual beli seperti ini boleh tumpukan sepenuhnya aspek promosi kedainya samada online atau offline (bagi katalog kat member2), tak perlu pening-pening cari downline.

Bagi yang merasakan dapat menarik orang lain sama-sama menjadi ahli, maka saya syorkan jadilah pengedar kerana di samping komisyen 20% di e-store, terdapat banyak lagi bonus dan keistimewaan yang di sediakan pihak Stormreaders Network seperti bonus tajaan, overiding 10% ahli tajaan, bonus umrah dan sebagainya yang akan saya ceritakan di lain masa.

Bisnes ini tidak menjanjikan kita dapat pakai kereta mewah atau menjadikan kita kaya raya. Apa yang penting ialah di samping kita mendapat pendapatan sampingan yang halal dan menepati Syariah, kita dapat menyebarluaskan ilmu samada untuk diri kita sendiri, keluarga dan juga masyarakat. Peluang telah tersedia dihadapan. Fikirk-fikiranlah... 
"KAYAKAN DIRI DENGAN ILMU"

Rabu, 10 Februari 2010

Anda pencinta ilmu?

Salam perjuangan...selamat bertemu kembali. Bulan Januari lalu saya menerima beberapa buku tempahan pertama saya yang melayakkan saya menjadi pengedar Stormreaders. Terasa sayang sekali untuk menjual buku-buku ini kerana kesemuanya menarik. Lalu saya jadikannya koleksi bacaan saya dan dihadiahkan buat isteri tercinta. Ada beberapa buku yang saya rasa bagus untuk dijadikan bacaan untuk dibaca bersama suami dan isteri. Hanya buku Bestseller Indahnya Hidup Bersyariat karangan Dato' Ismail Kamus saya jual 5 buah.
Semenjak menyertai rangkaian ini, saya rasa cukup teruja kerana merasakan ianya sesuai dengan jiwa saya. Saya memang minat membaca dan suka mengumpul koleksi-koleksi buku sendiri dan mempunyai sebuah mini perpustakaan di rumah. Apatah lagi melihat buku-buku keluaran Telaga Biru yang dikarang oleh tokoh-tokoh berwibawa dan ilustrasinya cukup menarik bagi saya. Syabas buat Telaga Biru

Melihatkan potensi bisnes ini yang julung kali di Malaysia (Bharian), ditambah pula dengan  panel Syariah yang berwibawa iaitu Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Zahazan, saya tidak mengambil masa panjang untuk terus berdaftar menjadi pengedar, sedangkan saya sebelum ni agak liat dan culas bila kawan-kawan ajak dengar taklimat bis MLM. Nak jual barang-barang tu rasa macam tak ngam dengan jiwa saya, setakat nak guna peribadi bolehlah saya join HPA. Tambahan pula kalau tiada panel Syariah yang pantau, lagilah terasa 'ketidakyakinnya'.

Pilihan di tangan kita samada menyertai rangkaian ini hanya untuk suka-suka membeli buku untuk koleksi peribadi dengan harga komisyen, atau menjadi seorang mujahid yang mengedar dan menggunakan medium ini sebagai salah satu usaha dakwah seterusnya memartabatkan MLM yang patuh Syariah. Seperti mana kata big boss jika tidak mampu menjadi seperti mereka, sebarkanlah ilmu mereka ini kepada masyarakat. Insya Allah pahalanya sampai juga kepada kita. Akan datang nanti saya akan ceritakan bagaimana  cara saya  dapat tarik ahli hanya menggunakan medium internet. Jumpa lagi di lain masa...

Sabtu, 6 Februari 2010

Salam perjuangan buat pencinta ilmu...

 
Assalamualaikum w.b.t.


Laman ini bertujuan untuk mempromosikan produk-produk Stormreaders Network Sdn. Bhd. yang berupa buku-buku agama dan motivasi, CD dan VCD karya ikon-ikon tersohor negara seperti Dato' Dr. Hj Fadhilah Kamsah, Ustaz Dato' Ismail Kamus, Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Zahazan, Dr Irfan Khairi dan banyak lagi keluaran Telaga Biru Sdn Bhd. Begitu juga dengan majalah yang cukup bermanfaat dan iaitu Solusi.

Kami mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk bersama kami menjadi ahli @ pengedar Stormreaders ini untuk menikmati pelbagai keistimewaan seperti memiliki kedai buku online, komisyen jualan, bonus rangkaian dan sebagainya di samping menyebarluaskan ilmu di kalangan masyarakat dan mempupuk budaya membaca serta cintakan ilmu. Ia juga sebagai jalan keluar bagi masyarakat yang inginkan pendapatan sampingan yang halal dan patuh syariah kerana ianya sentiasa dipantau oleh panel syariah yang berwibawa. Semoga segala usaha kita ini diterima sebagai amal bakti disisiNya.

"KAYAKAN DIRI DENGAN ILMU"

Ahmad Syukri Mansor
Pengedar Stormreaders Network Sdn Bhd
013-8166996 (al_jabali7@yahoo.com)

Related Posts with Thumbnails