Klik gambar di bawah untuk membeli produk

Photobucket

Klik gambar di bawah untuk mendaftar

Photobucket

Berminat? Daftar Di sini

Jumaat, 5 Mac 2010

Pendapatan pertama di bulan Februari yang mengujakan....

Salam perjuangan...Bertemu lagi di bulan Mac. Baru-baru ini pihak Stormreaders telah membuat pembahagian keuntungan dan bonus bagi setiap ahli di bulan Februari.

Alhamdulillah, saya mendapat sedikit bonus hasil jualan di e-store yang mana jualannya melebihi RM500 bulan ini dan komisyen yang saya dapat 20% dari jualan itu, tanpa perlu saya menyimpan stok-stok buku tersebut. Di tambah lagi dengan bonus 15% jualan peribadi hasil dari tajaan beberapa rakan pengedar dan juga bonus 15% dari jualan kumpulan yang memberi rangsangan kepada kita memajukan ahli di bawah rangkaian kita. Cukup mengujakan!

Menyorot kembali sejarah penyertaan saya bersama Stormreaders ini bermula hujung tahun 2009 setelah melihat iklan di majalah dan terus menelefon pejabatnya. Ketika itu saya masih bercuti dan berada di Kelantan. Teruja dengan keistimewaan MLM patuh Syariah ini saya terus mengisi borang yang dihantar melalui e-mail dan terus mendapat kedai e-store dan e-net saya tanpa saya mengetahui siapakah gerangannya yang menaja saya.

Bulan Januari saya terbang ke Bumi Kenyalang meneruskan tugas saya sebagai pendidik meninggalkan keluarga tercinta di Kelantan. Saya belajar sedikit demi sedikt tentang Stormreaders dan bertanyakan kepada orang-orang kuatnya secara langsung dan melalui penyertaan saya di forum.stormreaders.com. Belum ada rezeki untuk sampai di HQ di Damansara. Insya Allah jika ada rezeki dapat sampai ke sana berjumpa dengan rakan-rakan leader di sana.

Setelah mendapat sedikit ilmu dan memahami tentang pelan pemasarannya, saya mengorak langkah dengan mempromosikannya melalui Facebook kepada kenalan dan rakan dan create page Kayakan Diri Dengan Ilmu yang keahliannya sekarang mencecah 370. Kemudian saya membina laman blog yang telah banyak membantu saya untuk tujuan promosi dan daftar keahlian. Begitu juga di pages Stormreaders yang keahliannya mencecah lebih 2000. Rupanya masih banyak medium di internet yang belum diterokai dan saya rasa baru menggunakan 5% peluang yang ada.

Sasaran saya di bulan Mac ini :
1. Meningkatkan jualan di e-store, kalau dapat lebih RM1000 itu suatu bonus
2.Meningkatkan promosi di internet, ramai lagi di luar sana yang masih belum mengetahui. keahlian belum sampai 2000!
3.Membantu ahli di bawah tajaan saya mencapai target jualan mereka. Nanti saya akan kongsikan.
4.Menghasilkan e-book tentang bagaimana menjana pendapatan di Stormreaders ini yang akan saya edarkan secara percuma!

Saya harap anda semua pun lebih bersemangat dan berusaha lebih daripada saya menyebarkan bisnes melalui prosuk yang berkualiti dan bermanfaat ini. Akhir kalam saya memetik kata-kata Sidina Ali k.w. " Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu berkurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan"

"KAYAKAN DIRI DENGAN ILMU"

Related Posts with Thumbnails